Assalammualaikum semua...
Rasanya blog aku di dah boleh menang anugerah terbiar dengan jayanya. Setelah lama menyepi dari mencarut kat sini, aku muncul lagi dengan kongsi tentang majlis pertunangan aku yang berlansung 5 Mac 2016 yang lepas.
Majlis tunang tu dirancang hanya selama sebulan setengah sahaja. Punyalah singkat masa sebab encik tunang aku melamar aku ajak bertunang pertengahan bulan Januari. Lamaran yang membuatkan aku terkedu, terpana sebab tak bercinta langsung dengan dia. Hanya berkwan biasa sahaja, alih-alih dia cakap dia nak pinang dan ikat tali pertunangan terus. Tarikh tunang pulak aku yang setkan untuk memudahkan persediaan yang boleh dikatakan bidan terjun juga.
|
Ni pelamin tunang aku, mini pelamin....kawan adik aku yang buat, bajet rm120 |
Pelamin kat atas tu, kawan adik aku yang buat. Budak tu form 4 lagi tau. Mula-mula malas nak pelamin bagai sebab konon nak simple. Entah halilintar mana memanah kepala hotak aku last minit bersetuju nak ada pelamin dengan tawaran harga yang serendah RM120 pulak tu. Selain dari tu, dia juga yang solekkan muka aku.
|
Solekan yang aku suka sebab masih neutral |
|
Nasib baik eye bag aku tak nampak sangat, tak sempat nk memanjakan diri sangat sebelum majlis..busywoman..hihi |
Solekan tu pulak upahnya hanyalah RM30. Mak ai, terkejut beruk aku bila dia cakap dia hanya RM30. Tapi yang sadis gambar ni diambil selepas aku makan, lipstik sudah dicium oleh gelas masa aku minum....hihi...
|
Dulang hantaran dari pihak laki untuk aku, aku juga yang buat. semua ni aku buat sendiri..bajet dlm rm200 juga sebab barang2 dikira |
|
Warna grey tu baju tunang aku, RM60 sahaja hokey...aku jumpa kat insta.. |
Baju tu bagi aku sangat murah dan senang dibeli. Tapi stok diorang cepat habis. Korang boleh usha baju kurung diorang yang cantik-cantik kat fb diorang
Shawl UMS . Shawl biru yang aku pakai pulak aku beli shawl keknis RM12 sahaja. Beli kat kedai tudung. Tak sempat nak letak bead bagai.
|
Ok, ini encik tunang kita dan bakal suami yang berjaya tawan hati ini. Melayu vs Melanau. Aku melayu, dia melanau. Suku kaum yang da kat Sarawak |
Dalam gambar tu bukan main dekat padahal angle gamabr tu diambil buat jadi camtu, tapi aku suka gambar tu...muahahaha....I love u sayang....padahal dia tak baca pun blog aku ni...
Okay...okay...azan Asar dah berkumandang...aku nak asar dulu, nanti aku sambung mencarut lagi benda lain. Konon2 nanti nak D.I.Y veil nikah....tunggu dan lihat hokey...
0 Comments
Catat Ulasan