Assalamualaikum semua, kali ini aku ingin menulis tentang isu bahagia atas penderitaan orang lain. Tertanya dalam diri, layak ka mereka yang sanggup menindas orang lain semata-mata untuk mengejar kebahagiaan diri sendiri. Adakah kebahgiaan yang mereka kecapi boleh kekal ataupun seketika cuma?

Dalam drama biasanya kita boleh lihat watak antoganis yang sanggup buat apa saja demi kepentingan diri. Tak kisahlah cara betul ka atau cara salah, yang penting dapat apa yang dihajati.

Tapi percaya tak watak antoganis seperti itu memang wujud di alam nyata. Rata-rata kita tengok perempuan kan. Bila dah suka dan sayang seseorang lelaki tu, dia tak kisah apa status lelaki tu. Dia tak kisah siapa dia di dalam hati lelaki itu asalkan dia dapat memiliki lelaki itu.

Bila dia berjaya memiliki dengan cara yang tak sepatutnya, dia malah bangga mempamerkan kebahgiaan atas keperitan orang lain. Orang seperti ini dikategorikan sebagai orang yang sombong dan angkuh.

Orang-orang seperti ini banyak beranggapan bahawa dirinya mendapatkan kenikmatan seperti ini adalah hasil jerih payahnya selama ini. 

Allah SWT telah menegaskan bahawa ancaman-NYA dan memberi peringatan kepada orang-orang sedemikian yang menyakiti saudara-saudaranya yang berperilaku seperti ini dalam surah Al-Ahzab 58 :

وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا

Maksudnya: " Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan tanpa ada kesalahan yang mereka perbuat, maka sungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata." ( QS. Al-Ahzab:58)

Berbalik pada persoalan di atas tadi, samada mereka layak atau adakah kebahgiaan mereka kekal atau tidak. Semua ini kembali kepada hukum alam dosa dan pahala. Sesungguhnya setiap perbuatan itu, baik mahupun buruk pasti ada balasannya, cuma bezannya cepat ataupun lambat.

Kita sebagai sesama manusia, seeloknya tak perlu nak menghukum secara keterlaluan, pendek kata jangan ambik kerja Tuhan. Sama-sama kita berdoa agar dijauhkan dari orang sebegini dan tidak tergolong dalam orang sebegini.