Rasanya semua kenal buah tomato. Rasanya masam-masam tapi sedap malah banyak khasiatnya. Buah tomato diketahui mengandungi likopen, berfungsi untuk mengurangi risiko strok di kalangan lelaki. Hasil kajian terbaru mendapati bahawa kadar likopen tinggi dalam darah boleh mengurangi risiko strok pada mereka yang memiliki kadar pigmen rendah sehingga 55%.
Malah menurut penyelidik juga, seseorang yang mengambil lebih daripada lima sajian buah dan sayuran dalam sehari, ia dapat menghindari risiko strok dan tomato menjadi salah satu penyelesaiannya.
Likopen dalam tomato dapat menurunkan kemampuan LDL (kolestrol jahat) untuk membentuk plak di arteri, yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok. Sebagai maklumatnya, likopen juga memiliki sifat lain yang berhubungan dengan penurunan risiko strok seperti mampu menghamba penghasilan kolestrol dan mencegah pembekuan darah.
Hubungan di antara kadar likopen yang lebih tinggi dan risiko strok lebih rendah didapati oleh penyelidik ketika menghitung faktor risiko strok seperti usia, tabiat merokok dan penyakit diabetes.
Selain mengandungi akntioksidan seperti likopen, tumbuhan asli Amerika Tengah dan Selatan ini juga memiliki beberapa manfaat lainnya seperti unsur mangan, kromium, magnesium, besi, fosfor, vitamin K, vitamin B1, B6, niasin, B2, asid pantotenat dan protein. Selain itu juga tomato juga kaya dengan vitamin A, C dan K.
0 Comments
Catat Ulasan