Gambar Makam Baginda |
Baginda merupakan kekasih Allah dan rasul kepada umat akhir zaman. Kali ini aku nak kongsi tentang biodata kekasih Allah ini. Jangan hanya tahu biodata artis K-pop atau yang sewaktu dengannya sahaja. Aku jumpa info ini kat fb.
Nama Penuh : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
Nama Ayah : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
Nama Ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
Tempat Lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Tarikh Lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)
Tarikh Kewafatan : Hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/8 Jun 623M
Tempat Wafat : Madinah Al-Munawwarah
Usia : 63 Tahun
Nama Isteri-isteri :
1) Khadijah binti Khuwailid
2) Saudah binti Zam'ah
3) 'Aisyah binti Abu Bakar (anak Saidinia Abu Bakar)
4) Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
5) Ummi Habibah binti Abu Sufyan
6) Hindun binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7) Zainab binti Jashy
8) Maimunah binti Harith
9) Safiyah binti Huyai bin Akhtab
10)Zainab binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin';Ibu Orang Miskin)
Nama Anak :
1) Qasin
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Ummi Kalthum
7) Fatimah Al-Zahra'
Bentuk Fizikal :
Baginda digambarkan sebagai seorang yang tegap, ketinggian sederhana, tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Baginda berkulit kemerah-merahan. Wajahnya tampan, rambut baginda tidak terlalu kerinting tetapi tidak pula lurus, rambutnya ikal dan mencecah bahu. Kata-kata Baginda lembut tetapi bernada tegas. Baginda memiliki bola mata yang hitam pekat, bulu mata yang lentik, serta bahu yang lebar dan tidak berbulu. Dada baginda berbulu, telapak tangan dan kaki baginda tebal. Ketika berjalan, baginda seakan-akan berjalan menuruni tanah yang lanai. Ketika menoleh, baginda menoleh (bebralik) dengan seluruh badan. Di anatara kedua bahu baginda terdapat tanda kenabian.
Warna Kegemaran : Merah, Hijau, Putih
Makanan Kegemaran : Bali, Kurma, Buah Tin dan Buah Anggur
Sukan : Menunggang kuda, Memanah dan Berenang
Peperangan yang pernah disertai oleh Baginda:
1) Badar (Surah al-Anfal)
2) Uhud (Surah al-Imran)
3) Bani Nadhir (Surah al-Haysr)
4) Khandak (Surah al-Ahzab)
5) Bani Qurazhah (Surah al-Ahzab)
6) Khaibar (Surah al-Ahzab & al-Fath)
7) Fath Makkah (Surah an-Nasr)
8) Hudaibiyyah (Surah al-Fath)
9) Tabuk (Surah at-Taubah)
"Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukum-Nya"
Surah Al-Hasyr (59): Ayat 7
0 Comments
Catat Ulasan