Kenyang terlampau hari ini...Maklumlah, hari raya, makan dengan sakannya...Kali ini aku nak kongsi pulak tentang tips memilih tudung mengikut bentuk muka..
1) Bentuk Muka Oval
Wajah berbentul oval boleh dikatakan bentuk idaman. Oleh itu, dalam menggunakan
tudung, bentuk muka yang lain memerlukan sentuhan khusus supaya dapat
mendekati bentuk muka oval. Sementara itu,bagi anda yang mempunyai bentuk
muka oval pula, anda bebas memilih gaya bertudung, bahkan dapat
mengelakkan daripada menggunakan hairband. Jadi jika anda penggemar
selendang, anda bebas untuk menggunakan apa juga jenis selendang dan
boleh memilih untuk menggunakan anak tudung atau pun tidak.
Sudah pasti tudung syria tu bukan aku, lain bebenar muka.....aku google sebagai contoh |
Ciri bentuk muka petak adalah lebih lebar di antara pelipis dan antara
pangkal rahang lebih kurang sama, tulang rahang yang dilihat dengan
jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Dalam mengenakan
tudung,bahagian tulang rahang dapat disembunyikan disebalik tudung dan
gunakan hairband supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Mereka yang
mempunyai bentuk muka ini, perlulah bijak menggayakan selendang. Stail
Selendang Bienda atau ikatan di belakang tengkuk perlu dielakkan kerana
gaya selendang ini tidak dapat menyembunyikan bahagian tulang rahang
yang lebar. Pilihlah gaya selendang yang menjurus kepada gaya lilitan.
3) Bentuk Muka Panjang
Seperti bentuk muka segi tiga,mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagunya yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening. Penggunaan anak tudung syiria bersama selendang adalah disarankan buat mereka yang memiliki bentuk muka panjang kerana ia dapat membantu kamu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi.Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka oval,semua jenis selendang sesuai digayakan.
4) Bentuk Muka Bulat
Muka bulat dicirikan dengan jarak dahi ke dagu sama dengan jarak
kedua-dua pelipis serta tulang rahang yang bertimbung di pipi. Mereka
yang mempunyai bentuk muka ini disarankan menggunakan hairband terlebih
dahulu sebelum menggunakan anak tudung. Pilihlah anak tudung yang
diperbuat dari bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak
kelihatan bertambah. Hairband yang digunakan akan membayangkan keluar dan
menampakkan bentuk muka yang memanjang. Bagi pemilihan
selendang, disarankan memilih selendang yang mempunyai fabrik yang nipis
agar ukuran kepala tidak kelihatan bertambah apabila digayakan. Selandang
pashmina nipis atau pashmina mini sangat sesuai digayakan mereka yang
mempunyai bentuk muka bulat. Bagaimanapun, disarankan menggunakan anak
tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.
5) Bentuk Muka Segitiga
Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga,ditambah dengan
jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal
rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan
bertemu ditengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi
bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan
menggunakan anak tudung seperti hairnet. Bagi membolehkan bahagian kening
terangkat gunakan headband sebelum menggunakan anak tudung tersebut.
Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang
bukanlah satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka
oval. Bagaimanapun, cara pemakaian selendang haruslah diperhatikan agar
jarak pelipis yang lebih lebar berbanding jarak pangkal rahang tidak
kelihatan nyata. Gaya selendang harus menjurus kepada gaya pintalan atau
gaya sanggul lebih sesuai kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang
tampak lebih terbuka.
sumber
credit to zaharah.com |
2 Comments
ooo jal ni bentuk muka bulat kena pakai hairband dulu la ek, hahah ooppps lupa yang jal ni laki mana pakai tudung(buat lawak bodo)
BalasPadamJal nak ajak join segmen ni sebenarnya Segmen aku dan mereka
hahaha......ok....thanks for the inviting
PadamCatat Ulasan