Sepasang suami isteri selebriti yang popular, Scha Al Yahya dan Awal Ashaari mengakui rasa tertekan apabila mereka dituduh mencuri pakaian yang bernilai RM2000 di sebuah gedung pakaian jenama terkenal.
Malah isu tersebut benar-benar telah menjejaskan reputasinya dan suami meskipun mereka tidak melakukan perkara sedemikian.
“Saya pening sebenarnya. Ada yang mengatakan saya yang mencuri pakaian jenama itu dan ada yang kata Awal yang melakukan perbuatan itu.”
“Walaupun saya tahu untuk orang mempercayai penjelasan saya sangat sedikit, tetapi saya mahu katakan bahawa saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak mungkin.”
“Perkara ini benar-benar membuatkan saya tertekan kerana nama saya sudah tercalar,” ujar Scha kepada pihak mStar Online semalam.
0 Comments
Catat Ulasan