Mengikut kajian, 20% wanita berusia 30 tahun ke atas mempunyai masalah ketumbuhan dalam rahim atau lebih dikenali sebagai fibroid. Malah 20% wanita lain menghadapi masalah pendarahan di dalam rahi,. Kini setiap tahun di seluruh dunia, 1/4 wanita di bawah umur 30 tahun menghadapi pelbagai masalah rahim. Pada tahun 2003, seramai 3 juta wanita meninggal dunia akibat kanser serviks.
Rahim merupakan organ perembesan dalaman khusus untuk wanita yang mengawal keseimbangan rembesan hormon. Bagi wanita mempunya rahim yang sihat, paras estrogen dalam tubuh badannya akan mempengaruhi daya intelektualnya sepanjang hayat di samping mengawal waktu menopausnya. Oleh itu, penjagaan yang rapi amatlah diperlukan dan diamalkan bagi menghindari komplikasi sepert:
- Masalah berhubung kehamilan seperti keguguran, kandungan molar dan kehamilan ektropik yang mengancam kesihatan rahim
- Inflamasi rahim akibat jangkitan mikrob seperti hakisan, endometritis, servisitis dan keradangan pelvik.
- Perubahan patologi rahim disebabkan kepincangan rembesan dalaman yang boleh mencetus gangguan haid, pendarahan rahim, ketumbuhan (fibroid), barah rahim, barah serviks dan ketumbuhan ovari.
- Amalkan pemakanan yang sihat - Pakar perubatan berpendapat bahawa masalah ketumbuhan rahim berkait rapat dengan tahap estrogen. Jesteru itu, makanan kaya protein dan vitamin penting. Pengambilan supplemen juga dapat membantu mengawal-atur kesihatan badan.
- Kawal emosi - Kekalkan emosi yang stabil kerana tekanan, kerisauan dan kemurungan berpanjangan akan mengakibatkan rembesan hormon estrogen yang berlebihan dan boleh mencetuskan ketumbuhan.
- Elakkan pengguguran - Prosedur pengguguran melibatkan kaedah uterine curretage/uterine apoxesis dan kesan atau ransangannya terhadap rahim tidak dapat dielakkan. Kajian menunujukaan keguguran yang kerap dapat mencetuskan ketumbuhan rahim.
- Kekerapan hubungan kelamin yang bersesuaian - Hubungan kelamin dapat meransang perembesan hormon endokrin yang baik untuk fungsi normal badan. Terlalu kerap ataupun terlalu jarang, boleh menyebabkan gangguan rembesan estrogen sehingga boleh mengakibatkan ketumbuhan rahim.
sumber : CNI News
1 Comments
Perkongsian yang baik sekali untuk wanita di luar sana..
BalasPadamIkhlas Dari
Along Misuari
Catat Ulasan