Mendapat pahala adalah mudah tetapi dosa juga yang sering dikejar di dunia..Ada 3 cara yang paling mudah untuk mendapat pahala iaitu dengan hanya melihat sahaja. Antaranya:

1) Wajah Ibu

Ibu merupakan orang yang paling dekat dengan kita. Kita berada dalam rahim ibu selama 9 bulan  lebih malah kita keluar dari rahim mereka. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Tiada kenal penat lelah dalam membesarkan anaknya. Malah dalam Al-Quran yang surahnya bernama Surah Al-Nisa (Surah Perempuan) dan diriwayatkan bahawa sesiapa yang memandang wajah ibunya pasti mendapat ganjaran pahala. Sungguh mudahkan.....

2) Al-Quran


Memandangnya sahaja sudah mendapat pahala apatah lagi membacanya, berlipat kali gandalah pahala yang boleh diperolehi. Mudahnya kita dalam mendapatkan pahala. Al-Quran merupakan mukjizat terbesar Nabi Muhammad saw. Orang barat sibuk mendalami isi kandungan Al-Quran kerana Al-Quran lengkap dengan pelbagai ilmu.

3) Kaabah


Sesiapa yang memandang Kaabah nescaya akan medapat pahala.InsyaAllah, aku pasti akan ke sana jua nanti. Amin....