Tiba-tiba aku nak buat entry tentang cinta.....bukan jiwang, ni ikut pengalaman dan realiti dunia sekarang..Orang selalu bilang 'bercinta lama-lama pun putus juga'....So, statement tu menunjukkan bahawa kuntiti sesebuah hubungan itu tak semestinya melambangkan kualiti hubungan tersebut....

Bercinta bagai nak rak, asyik berkepit siang dan malam, macam belangkas orang cakap...aku taknak lah nak kutuk siapa-siapa yang dok bercinta lama-lama tapi tak nikah-nikah jugak....Cuma aku rasa hairan dengan kenyataan ini...Mungkin ada sebab kenapa tak nikah-nikah lagi...Contohnya: tak ada duit lagi, belum ada kerja yang boleh menjamin masa depan, masih terikat dengan pelajaran, keluarga tak merestui lah dan macam-macam lagi...

Selalunya, kalau makin lama kenal, makin lama bercinta, makinlah saling memahami, tapi sering kali berlaku, semalin lama bercinta, semakin tidak memahami anatara satu sama lain...Yang lelaki dok salahkan yang perempuan, yang perempuan pula dok menyalahkan lelaki....So, bagi aku lah, better yang macam ni duduk elok-elok, slow talk dari hati ke hati...Tapi slow talk payah sangat nak diadakan, betul tak? Masing-masing dengan keegoaan masing-masing, lebih rela menegakkan benang yang basah dari berbincang dua mata....Mesti ayat ni yang akan dilemparkan setiap kali kepincangan berlaku:

1)"Kau blah lah, aku taknak pedulikan kau lagi,aku benci kau."
2)"Lepas ni jangan cari aku lagi."
3)"Kita putus, kau mati ka, hidup ka, ku tak nak peduli lagi"
4)"Selama ini, asyik aku saja yang beralah, aku dah bosan."

Kat atas tu contoh-contoh jer lah.......takda kena mengena dengan sesapa tapi selalu aku dengar lah....minta maaf lah kalau ada sesiapa yang terasa.


Semakin lama kita kenal seseorang tu, semakin banyak perangainya yang kita tahu..Terpulang kepada pasangan masing-masing nak menerima kekurangan pasangan masing-masing...Orang cakap, cinta itu sesuatu yang sangat suci....walaupun pernah putus cinta or kecewa, percayalah you all bertuah kerana pernah saling menyayangi.

Gambar Hiasan
Sambung balik topik, yang lelaki janganlah terlalu ego kalau sayangkan si perempuan.....Ajak pasangan berbincang baik-baik.....Jangan 'PROVOKE' pasangan, itulah yang membuatkan api semakin membara dan saling menuding jari....Kadang-kadang pasangan yang bercinta, belum cukup matang untuk membincangkan soal kepincangan masalah....Tak adil bila timbul statement perempuan terlalu complicated, susah nak difahami.....Aku pulak yang tak paham dengan lelaki...Kejujuran, kesefahaman dan saling percaya amatlah penting dalam sesebuah hubungan....Jangan menipu kalau nak sesebuah hunbungan itu kekal dan bahgia ke jinjang pelamin.....Ku akui,pihak lelaki sering menyembunyikan sesuatu dari pihak perempuan, bila kantoi, bukan nak mengaku, pihak perempuan jugak akhirnya yang dipersalahkan...Bukannya nak menuduh, ini pengalaman aku sendiri.....


Hargai pengorbanan setiap pasangan....bila bergaduh, ingatilah saat-saat manis bersama.....itupun kalau masih nak teruskan.....Putus cinta bukan satu perasaan yang sungguh indah, faham-faham sendirilah bagi yang pernah merasa...Bertahun-tahun bercinta, you all dah kenal hati budi, perangai masing-masing, rugi lah, tapi orang cakap, kalau tak ada jodoh, tak guna juga, tapi kita perlu usaha kalau inginkan sesuatu, jangan salahkan jodoh sahaja. Ini pendapat aku sahaja lah.....

p/s : Walau apapun, cinta yang tiada restu, baik tak payah teruskan....susah nak bahagia..restu orang tua sangat penting untuk kebahagian masa depan, jangan lupa berdoa kepada Allah swt......