Warna makanan berupaya menaikkan selera kita apabila melihatnya..Tapi, tahukah anda dari manakah sumber pewarna tersebut?

Terdapat 2 jenis pewarna makanan iaitu tiruan dan asli. Pewarna makanan asli tentulah alternatif yang lebih baik kerana ia dihasilkan 100% daripada tumbuh-tumbuhan.

Biasanya pewarna asli tidak seterang pewarna tiruan, namun ia tidak menjejaskan rasa makanan anda.

MERAH, BIRU DAN UNGU

Diperolehi daripada antosianin yang terdapat pada ubi bit, raspberi dan kobis merah.

HIJAU

Diperolehi daripada klorofil, pigmen hijau yang terdapat pada semua daun dan batangnya.

KUNING, JINGGA DAN MERAH

Diperolehi daripada karotenoid yang terdapat pada aprikot, lobak merah dan tomato.