Assalammualaikum semua...

Sempat bergambar balik dari 'plant' sebagai kenangan..
OSH itu singkatan Occupational Safety & Health ataupun dalam bahasa melayu nya Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Aku meminati bidang ni masa aku semester 5 ijazah HRD aku kat UNIMAS. Dari situ minat aku nak menceburi bidang ni sangat mendalam. Mulalah pasang rancangan dan angan-angan lepas habis ijazah nak sambung belajar ambik Master OSH pulak..Insha Allah..

Alhamdullilah, sekarang ni aku bekerja sebagai Project Executive/ Admin Executive / HSE Executive dalam bidang minyak dan gas (O&G). Dah setahun lebih aku pikul tanggungjawab yang boleh tahan ni. Malah bekerja pulak di bandar yang taraf hidupnya tinggi, sabar jak lah. Belajar ketatkan duit poket dengan gaji permulaan graduan yang tak ada pengalaman sebelum ni. Orang cakap susah-susah dahulu, bersenang kemudian. Aku memang sokong 1000% pepatah tu. 

Selepas setahun abis ijazah, aku mohon mengikuti Program INSEP anjuran FFM Instutite untuk ambik kursus SHO ni. Kalau ambik sendiri kat NIOSH, telan belanja RM3K lebih tu. Tetapi dah rezeki Allah bagi, aku ambik kursus ni secara percuma malah dapat elaun lagi RM500 setiap bulan sepanjang berkursus kat sana yang 3 bulan. Kursus yang wajib dengan modul wajib adalah selama 22 hari tapi yang lebih tu pulak modul tambahan yang ditaja oleh pihak FMM untuk memperkasakan lagi pelajar-pelajarnya. Perkasalah sangat.

Selepas habis modul, kami dikehendaki menjalani praktikal pulak. Aku mendapat peluang praktikal di Petronas LNG, Bintulu. Banyak pengalaman aku dapat ceduk sepanjang menjalani latihan di sana. Lain entry aku cerita pasal pengalaman aku kat sana dengan memakai baju ala-ala toyol DiGi tu..hehe

Selepas habis praktikal, kami pulak menduduki peperiksaan SHO pulak. Ada 4 kertas yang kami perlu hadapi. Alhamdullilah aku lepas Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3 tapi sangkut pulak Kertas 4. Tapi gagal sekali bukan gagal untuk selamanya. Tapi Kertas 4 memang tough sebab buat perbentangan tugasan yang korang buat sepanjang praktikal. Aku memang kena tembak habis masa tu. Ogos ni nanti aku ambik kertas 4 ni lagi. Yuran nya pulak RM392.20 untuk Kertas 4 sahaja. Mahal tak mahal tapi itulah pelaburan dan nilai ilmu.

Oklah..lain kali aku sambung lagi dan aku hidangkan korang video tentang isu keselamatan oleh OSHman..hehehe..Selamat menonton dah dapat ilmu.