Sebaik-baik ciptaan manusia pasti ada cacat celanya. Gajet-gajet teknologi pada masa kini menjadi lebih canggih saban hari malah pelbagai model telah dikeluarkan oleh pelbagai syarikat. Radiasi yang dikeluarkan daripada gajet seperti telefon bimbit tidak mampu dilihat oleh mata kasar meskipun ianya membawa kemudaratan dan berbahaya.

Radiasi yang dikeluarkan oleh telefon bimbit ini diukur dengan menggunakan skala Specific Absorption Rate (SAR). Unit ini telah digunapakai oleh banyak agensi bagi mengukur kadar tenaga frekuensi radio yang diserap oelh tubuh badan manusia daripada penggunaan telefon bimbit.

Dipercayai, sebuah telefon bimbit yang mempunyai bacaan SAR yang rendah lebih selamat digunakan bagi mengurangkan kesan radiasi. Kadar maksima bagi unit SAR ini adalah sebanyak 1.6 watt per kilogram (1.6 W/kg). Antara telefon yang merbahaya ini adalah seperti berikut :

1) Motorola Bravo - kadar SAR : 1.59 W/kg


2) Motorola Droid 2 Global - Kadar SAR : 1.58 W/kg


3) Sony Ericson Satio - Kadar SAR : 1.56 W/kg



4) Sony Ericson Xperia X10 Mini Pro - Kadar : 1.55 W/kg



5)  Kyocera JAX S1300 - Kadar SAR : 1.55 W/kg


6) Motorola Boost - Kadar SAR : 1.55 W/kg


7) Blackberry Bold - Kadar SAR : 1.55 W/kg



8) Motorola i355 - Kadar SAR : 1.55 W/kg


9) HTC Magic - Kadar SAR : 1.55 W/kg


10)Motorola W385 - Kadar SAR : 1.54 W/kg