Kepada sesiapa yang menonton anugerah skrin 9 November lepas tahu akan isu kontroversi yang telah ditimbulkan oleh Rosyam Nor. Rentetan penyiaran isu berikut di Metro pada Ahad yang lepas telah membuatkan Rosyam Nor memberi respon terhadap isu tersebut. 

Beliau menegaskan bahawa dia tidak berniat mempersendakan sesiapa sebaliknya hanya menyampaikan maksud yang jelas mengenai peraturan stesen tv. Di bawah merupakan petikan penjelasan daripada beliau mengenai isu tersebut.

Bukan niat saya mahu mempersenda mana-mana stesen televisyen tapi menyampaikan maksud jelas mengenai peraturan stesen TV dan mengangkat Gagasan 1Malaysia. Ketika saya menyebut stesen TV Alhijrah, maksud saya ialah stesen itu mengangkat lakonan mengikut landasan Islam. Begitu juga sepatutnya Snow White dicium sebelum saya tersedar dan katakan ini Malaysia bukan Amerika. Mesej saya untuk karyawan seni tempatan supaya memahami peraturan stesen TV itu sendiri. Begitu juga saya menyelitkan mesej antara saya dengan orang kerdil iaitu jika saya sumpah kami menjadi tinggi, orang kerdil itu menjawap, saya takut lupa diri.

Macam-macamlah orang zaman sekarang. Mengikut pendapat peribadi aku, perkara sebegini tak sepatutnya berlaku. Hmmmmm....

sumber : beautifulnara