October 05, 2012

Awas! Kes Penipuan

Views

Pagi tadi, isu kes penipuan menarik perhatian aku. Jadi, ku mula buat kajian sedikit tentang kes penipuan yang semakin berleluasa. Aku pun pernah menjadi mangsa penipuan, terutama yang melibatkan duit..

Antara kes penipuan yang popular di Malaysia adalah :

1) Kes Tipu Macau (Menyamar Pegawai Polis)

Kes penipuan ini melibatkan ahli sindiket yang menggunakan talian nombor telefon menyerupai talian nombor pejabat polis Bukit Aman (03-22626222) dan akan menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai pegawai polis dari Bukit Aman.
 
Suspek memberitahu mangsa bahawa dokumen seperti kad pengenalan mangsa telah digunakan untuk kegiatan haram di luar negara seperti di Hong Kong. Suspek kemudian meminta mangsa menghubungi polis Hong Kong di talian yang diberikan oleh saspek (nombor kebiasaannya mengandungi 13 angka). 
 
Kadangkala mangsa diminta menghubungi pegawai Bank Negara Malaysia di nombor telefon 03-26988044. Apabila mangsa menghubungi nombor telefon tersebut, suspek akan memperdaya mangsa dengan menyatakan bahawa mangsa mesti memindahkan kesemua wang dalam akaunnya ke dalam akaun yang diberikan oleh suspek dengan alasan sekiranya mangsa gagal, wang di dalam akaun pengadu akan dibekukan dan dirampas oleh pihak Bank Negara Malaysia. 
 
Pengadu akan mengikut segala arahan suspek dengan memindahkan wang di dalam akaunnya ke dalam akaun yang diberikan oleh saspek.Setelah wangnya telah dipindahkan ke dalam akaun saspek,barulah mangsa menyedari dirinya telah ditipu kerana mangsa tidak terlibat dalam aktiviti kegiatan haram.
 
Kadang-kadang mereka menggunakan nama bank lain seperti Maybank. Bank Maybank ni aku pernah kena, mula-mula aku layan. Sebab kebetulan aku baru buat akaun Maybank masa itu. Banyak juga dia tanya, sampaikan nombor kp pun dia tanya. Aku lurus bendul main bagitau. Aku mula perasan dia menipu bila dia konon-konon sambungkan talian kepada bosnya. Selalunya, kalau sambungkan talian ada bunyi ton. Tapi orang tu main passing telefon jer. Bos dia tanya aku setuju ke tak dengan tawaran diorang yang dah panjang lebar dijelaskan tadi, selambanya aku cakap 'Maaf, saya tak setuju dan tak nak.' Dia pun bengang sebab dah banyak buang masa melayan aku. Amekaw! Nasib baik akaun dalam Maybank aku masa tu 2 hinggit jer (maklumlah student lagi masa tu).

Kes macam ni banyak berlaku. Langkah-langkah berwaspada hendaklah diambil supaya tidak mudah tertipu. Penyesalan tidak pernah datang dahulu, ianya cuma datang di kemudian hari.

 
2) Kes Penipuan SMS


Kes-kes penipuan SMS yang sebelum ini diterima oleh mangsa yang didakwa telah memenangi hadiah wang tunai hasil dari peraduan Power Root, Petronas telah ditukar kepada peraduan Coca Cola. 
 
Mangsa kebelakangan ini menerima panggilan telefon terus daripada suspek yang mengatakan bahawa mangsa telah memenangi hadiah wang tunai melalui cabutan bertuah. Dalam trend baru ini, mangsa perlu menjawap beberapa soalan yang akan di ke utarakan. 
 
Soalan-soalan yang di tanya adalah amat mudah dan seterusnya suspek akan meminta mangsa untuk memasukkan wang ke dalam suatu akaun yang diberikan bagi tujuan memproses pemindahan wang yang dimenangi oleh mangsa. 
 
Kebanyakan mangsa masih terpedaya dengan suspek dimana mangsa akan pergi ke mesin ATM untuk mengaktifkan sistem perbankan internet dan suspek akan memberi tunjuk ajar cara-cara mengaktifkan sistem perbankan internet. 
 
Dengan cara ini suspek boleh mempunyai akses kepada akaun mangsa seterusnya wang mangsa dapat dikeluarkan oleh suspek dalam sekelip mata. Mangsa-mangsa juga pernah kehilangan wang dari akaun mereka selepas beberapa bulan kerana suspek masih mempunyai nombor pin serta kata laluan untuk akses ke akaun mangsa.

3) Skim Penipuan Pelaburan Wang
 
 
Pada kebiasaannya mangsa akan ditawarkan untuk melabur dalam skim yang memberikan pulangan yang lumayan dan jaminan yang tinggi seperti pelaburan emas dan pelaburan berbentuk sijil dividen.Pada mulanya,syarikat-syarikat ini dapat memberi pulangan dalam bentuk dividen kepada pelanggannya tetapi lama-kelamaan tidak mampu untuk membuat pembayaran kepada semua yang terlibat (skim piramid).
 
Syarikat-syarikat ini dikatakan melakukan kesalahan kerana mengambil deposit wang tunai tanpa mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.Contoh-contoh syarikat adalah seperti Bestino dan G Gold Trading.Syarikat-syarikat ini ada yang masih dalam siasatan dan ada yang telah diambil tindakan oleh Bank Negara Malaysia di mana aset-aset syarikat dan akaun-akaun bank dibekukan kerana menjalankan skim pelaburan tanpa lesen.Ini adalah satu kesalahan di bawah sek:25 Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (BAFIA 1989).
 
Hukumannya ialah tidak melebihi 10 tahun penjara atau denda tidak melebihi RM10 juta atau kedua-duanya sekali dan bagi kesalahan yang berterusan,dikenakan denda harian tidak melebihi RM100 ribu sehari. 
 
Orang ramai diingatkan supaya berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran-tawaran yang tidak munasabah daripada mana-mana syarikat hanya kerana ingin cepat mengejar keuntungan.Adalah dinasihatkan supaya orang ramai membuat semakan atau rujukan dengan pihak Bank Negara Malaysia sebelum melibatkan diri dengan mana-mana skim pelaburan untuk menentukan samada mempunyai lesen yang sah.
Skim ni aku paling teruk pernah kena. Pernah satu syarikat tu, aku tak tahu wujud lagi ke tak syarikat tu. Malas nak google. Sakit hati jer. Mula-mula dia umpan aku dengan gaya hidup dia yang mewah. Masa itu aku muda lagi, baru berumur 19 tahun. Aku laburkan rm620 untuk masuk syarikat itu. Banyak tu tapi masa tu mentah sangat lagi kot. Selepas masuk, diberi satu username dan password untuk log in masuk web syarikat tersebut. Aku diberi satu kotak susu collostrum sebagai cenderahati macam tu lah.  Tapi susu tu sedap gak masa tu. Sebulan selepas tu, orang itu terus hilang jejak. Aku kol banyak kali, tak angkat. Kurang the asam punya penipu. Kali kedua aku kena sebanyak rm256. Susah betul nak berjaya, asyik kena tipu. Tapi tak apalah, jadikan sebagai pengajaran.

4) Kes Penipuan Cabutan Bertuah (Gores dan Menang)
 

Saspek adalah wakil dari syarikat jualan langsung. Menawarkan hadiah berupa barangan elektrik, kereta dan wang tunai. Memperdaya mangsa menyerahkan barang kemas atau wang tunai sebagai cagaran bagi mendapatkan hadiah yang ditawarkan yang kononnya telah dimenangi oleh mangsa.  
 
Bagaimana mengenalpasti / langkah-langkah:
  • Orang ramai hendaklah berhati-hati dengan jurujual yang datang ke rumah dan menawarkan barangan serta hadiah pada harga yang murah;
  • Apabila mereka datang ke rumah, pastikan semakan dibuat dari segi pengenalan diri, pendaftaran syarikat dan lesen jualan langsung; dan
  • Jika tidak pasti, tanya kepada jiran-jiran anda atau pun rakan-rakan yang berpengetahuan berkaitan hal ini.

5) Kes Penipuan Melalui E-Mail  

Mangsa akan berkomunikasi dengan saspek secara on-line (chatting) melalui e-mail dan memberitahu mangsa yang saspek sedang berada di luar negara. Kemudian saspek memberitahu akan menghantar barang yang ditempah oleh mangsa melalui kourier tetapi mangsa perlu memasukkan wang ka dalam akaun yang diberi sebagai wang proses penghantaran. Selepas mangsa memasukkan wang seperti yang diminta, barang yang ditunggu-tunggu tidak sampai dan saspek juga gagal dihubungi. 

Bagaimana Mengenalpasti / Langkah-langkah :
Pencegahan Orang ramai dinasihatkan agar jangan terpedaya dengan tawaran seperti ini. Jangan masukkan wang ke dalam akaun orang yang tidak dikenali dengan sewenang-wenangnya.


0 comments:

Post a Comment [Reply]

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants for single moms