Aku baru berjinak-jinak menggunakan kanta lekap ni sejak tahun lepas. Pakai bukan semata-mata nak ikut trend, tapi aku ni memang rabun jauh...Mula-mula pakai memang sangat susah...Sampai sejam nak pasang 1 mata saja..Tapi bila dah berjaya pakai, rasa sangat selesa...Pakai spec kan berat, dan perlu selalu lap dia punya cermin sebab bulu mata aku selalu jadi 'wiper' kat spec..

Tapi pemilihan warna, aku lebih suka pakai warna ungu violet atau brown chestnut..Tak suka pakai yang terang-terang warna ala minah saleh, nampak tak natural. Hati-hati dalam memilih kanta lekap, jangan terlalu teruja melihat warna yang cantik dan harga yang murah...Beli yang harga rm15, tak pasal-pasal mata tergadai gara-gara nak cantik dengan guna rm15...Pancaindera anugerah Illahi tiada sparepart, harap maklum.

Pastikan kanta lekap yang dibeli tu bukanlah yang tidak berkualiti. Paling bagus pastikan membeli 'made in japan' atau 'made in korea'. Harga dalam lingkungan RM40 ke atas....Kalau tengah promosi boleh dapat RM30.Tempoh penggunaannya pula adalah selama 3 bulan sahaja..Jangan cuba-cuba nak pakai lebih dari itu....Berani buat, berani tanggung...

Tips pemakaian lens :
  1. Basuh tangan bersih-bersih sebelum memakai atau membuka contact lens.
  2. Dahulukan pakai contact lens sebelum pakai make-up.
  3. Jika anda baru memakai contact lens, di nasihatkan supaya memakai contact lens bersaiz sederhana. Jangan cuba big effect. Diameter 14mm dan ke bawah.
  4. Kalau selepas memakai contact lens anda merasa mata anda tidak selesa, bukak. Mungkin ada habuk di dalamnya. Cuci contact lens tersebut dengan menggunakan cecair contact lens.
  5. Jangan pakai contact lens semasa tidur. Nanti lens tu hilang dalam mata.
  6. Jangan gosok mata anda kuat-kuat setelah memakai contact lens.
  7. Tempoh masa paling sesuai pakai contact lens ialah 8 jam dan jangan lebih 12 jam.
  8. Kalau cuaca terlalu panas, tidak digalakkan memakainya kerana boleh menyebabkan mata sakit dan kemerahan-merahan. Lama-lama akan memberi kesan yang buruk.

Tips penjagaan lens :
  1. Jangan simpan contact lens anda di dalam tisu, kalau terdesak, simpan di dalam bekas yang berair. Air masak boleh, hanya kalau terdesak. Sebaiknya, cecair contact lens.
  2. Bekas contact lens yang baru hendaklah di rendam dengan air suam sebelum digunakan. 
  3. Sentiasa bawak bekas contact lens anda ke mana-mana.
  4. Pastikan cecair contact lens di dalam bekas contact lens sentiasa bersih dan tiada apa-apa habuk. Sangat menyakitkan mata bila lens ada habuk walaupun sedikit.
  5. Sebaiknya jangan tukar-tukar jenama cecair contact lens.
  6. Jangan cuci contact lens dengan menggunakan air paip. Aku pernah buat, sangat tidak selesa. Taknak buat lagi dah.