May 29, 2012

10 Kasut Wanita Termahal di Dunia

Views

Kali ini pulak, aku nak kongsi tentang kasut-kasut yang hebat. Mungkin  tak ramai yang sanggup berhabis berjuta-juta ringgit semata-mata hanya ingin memiliki sepasang kasut. Jom cek!

1) Stuart Weitzman Rita Heyworth Heels ($3,000,000 / RM9,464,906.35)



Kasut tumit tinggi berjaya menduduki carta teratas sekali. Direka oleh Stuart Weitzman di mana anting-anting kepunyaan milik aktress terkenal zaman 1940an (Rita Heyworth) menjadi sumber inspirasi beliau untuk menghasilkan kasut tumit tinggi yang hebat ini. Disaluti dengan berlian, batu nilam dan batu delima. Pada mulanya kasut ini direka untuk dipakai oleh Kathleen York sempena Oscar 2006, tetapi sekarang sudah dimiliki oleh Puteri Yasim Aga Khan yang merupakan 'mother inspired the shoe'.

2) Harry Winston’s Ruby Slippers ($3,000,000 / RM9,464,906.35)



Sempena ulang tahun yang ke50 "Wizard of Oz' the House of Harry Winston", kasut daripada batu delima ini dipersembahkan sebagai tanda penghormatan pada tahun 1989. Direka oleh Ronald Winston, dilapisi dengan 4600 batu delima dan berlian 50 karat. 

3) Ruby Slippers from the “Wizard of Oz” ($2,000,000-$3,000,000 / RM6,297,547.48-9,464,906.35)


Kasut yang menduduki carta ke3 pula merupakan versi asal kasut "The Wizard of Oz". Versi asal ini dilihat dalam filem pada tahun 1939. Dikenali sebagai "Icons of Hollywood" yang dijual kepada umum atau dilelong pada tahun 2011. 

4) Stuart Weitzman Tanzanite Heels ($2,000,000 / RM6,297,547.48)


Direka oleh pakar pereka kasut, Stuart Weitzman. Kasut yang sangat menarik ini ditathkan dengan 385 batu  permata. Tali kasut nya sahaja sudah terdiri daripada batu permata Afrika (185 karat) yang lebih dikenali sebagai Tanzanite. Bagi menambahkan lagi kilauan, berlian (28 karat) diletakkan pada bahagian depan kasut oleh pereka berlian, Le Kian. 

5) Stuart Weitzman Cinderella Slippers ($2,000,000 / RM6,297,547.48)



Sekali lagi kasut ala Cinderella ini menduduki carta ke5 direka oleh Stuart Weiztman dan sudah semestinya bukan diperbuat daripada kaca. Kasut yang bertemakan fantasi ini bertatahkan 565 berlian (55 karat). 

6) Stuart Weitzman Ruby Slippers ($1,600,000 / RM5,035,980.85)


Kasut ini juga telah direka oleh Stuart Weitzman. Direka dan dbuat khas sempena Academy Awards (2003). Kasut ini ditatahkan 642 batu delima Burma (123.33 karat). 

7)Stuart Weitzman ‘Platinum Guild’ Stiletto ($1,090,000 / RM3,428,949.45)


Kasut tumit tinggi rekaan Stuart Weitzman menduduki tangga ke7. Lengkap bertatahkan sejumlah 464 berlian dari Kwiat yang berbentuk pear dan bulat. Salah satu jenis batu permata merupakan platinum tulen.

8) Stuart Weitzman Retro Rose Pumps ($1,000,000 / RM3,146,772.82)



Sekali lagi kasut yang menduduki tangga ke8 direka oleh Stuart Weitzman. Hasil inspirasi pada tahun 1940 yang memiliki lebih daripada 1800 berlian. Merupakan gaya retro klasik dan sangat sesuai untuk wanita yang suka bergaya. Pada kulitnya, dilapisi dengan berlian 100 karat pada setiap lapisannya. Sangat sesuai untuk menghadiri sebarang upacara.

9) Stuart Weitzman ‘Diamond Dream’ Stilettos ($500,000 / RM1,575,049.12)


Dalam usaha untuk membuat kasut impian gadis, Stuart Weitzman telah bergabung dengan Kwiat yang merupakan pereka perhiasan berlian dan telah berjaya menghasilkan kasut ini. Kasut ini memiliki 1420 berlian yang bernilai lebih 30 karat. Pernah dipakai di karpet merah sempena Oscar Red Carpet (2007). 

10) Borgezie Stilettos ($216, 000 / RM679,770.13)


Akhir sekali, kasut yang menduduki tangga ke10, adalah merupakan hasil kerjasama antara pereka perhiasan yang terkenal Christopher Micheal Shellis dan House of Borgezie di mana telah menghasilkan steliletto jenis Borgezie. Diperbuat daripada emas tulen yang dihiasi dengan lebih 2200 berlian. Dijamin mampu bertahan selama 1000 tahun. 





1 comment:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))
  1. geared towards bargain . These . Replicas cheap christian louboutin womens . The appearance [url=http://www.christianlouboutinshoessaleus.com]black shoes with red sole[/url]

    can modify
    tend not to
    [url=http://www.christianlouboutinshoessaleus.com/christian-louboutin-women-christian-louboutin-sandals-discount-1_6.html]christian louboutin gladiator sandals[/url]



    Welcome for the sleepless 21st Red Bottom Shoes century. Somewhere in your busy routine you make time to obtain to the fitness center, consume healthy and buy/take your supplements. Nonetheless as the outdated expressing goes "a chain is simply robust as it weakest link" applies for your fat loss and bodybuilding efforts too. Discover how a superb nights rest is usually your most effective bodybuilding/weight reduction health supplement.

    Related information:[url=http://www.christianlouboutinshoessaleus.com/christian-louboutin-women-christian-louboutin-pumps-discount-1_3.html]christian louboutin peep toe pumps[/url]

    ReplyDelete

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants for single moms