Bangunan Markas Pengikut Ustaz Harun

Individu yang mengaku adalah jelmaan Imam Mahdi kali ini adalah Ustaz Harun. Malah beliau mengaku dirinya berkuasa mengalih posisi bulan, bintang dan matahari, siap beraksi 'panas' ketika menyampaikan ucapan atau syarahan kepada pengikutnya tanpa rasa segan.


Ustaz Harun atau Harun Mat Saat, 45, paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) bersama lima individu lain kerana dipercayai terbabit kes penipuan skim cepat kaya dan pengambilan deposit secara haram membabitkan penyelewengan bernilai ratusan juta ringgit. Setakat ini, asetnya bernilai RM200 juta dibekukan BNM. Tak habis-habis nak menipu, tak hidup kalau tak menipu.

Bekas pengikut, Kalam Abdullah, 30, berkata semua ucapan yang didakwa lelaki itu sebagai syarahan agama mempunyai isi kandungan cerita lucah dan seks. Pendidikan seks kat masjid kot.

“Dia tanpa segan silu menyebut perkataan tidak senonoh dan beraksi ‘panas’ di depan kami walhal kelas itu dihadiri wanita dan topik yang dibincangkan tidak relevan dengan hal agama", kata salah seorang pengikut.

Lebih menghairankan, pengakuan salah seorang pengikutnya mengatakan bahawa sepanjang menjadi pengikut Ustaz Harun, dia  tak pernah melihat Ustaz Harun menunaikan solat dan sering menolak ajakan mereka dengan pelbagai alasan.

p/s : Nak cerita lebih lanjut, selak lah akhbar-akhbar tempatan....tiba2 teringat tentang lelaki yang mengaku nabi kepada orang Melayu meletak jawatan sebagai nabi dan rasul.