May 15, 2011

Pisang oh Pisang

Views


         Jangan pandang pisang sebelah mata, mentang-mentang pisang ni buahan tempatan. Zat yang terkandung dalam sebiji buah pisang ternyata sangat banyak. Pernah dulu seorang kawan, dia suka makan pisang setiap kali nak 'final exam'. Dia cakap buah pisang ni baik untuk otak. Pisang ni kaya dengan pelbagai mineral sehinggalah ada individu hanya makan pisang setiap hari semata-mata untuk memperolehi zat minimum yang terkandung di dalam buah pisang. Untuk menikmatinya, anda boleh menikmati buah pisang yang sudah masak. Pisang yang benar-benar masak lebih mudah dicerna dan gula buahnya telah berubah menjadi glukos semulajadi dan proses penyerapan serta peredarannya di dalam darah juga menjadi lebih cepat. Jadi, makanlah pisang!


1) Sebagai sumber tenaga
    Pisang dapat dicerna dengan mudah, gula yang terkandung di dalamnya diubah menjadi sumber tenaga yang bertindak secara cepat dan berkesan. Ia juga berkesan untuk pembentukan tubuh, fungsi  otot dan sangat berkesan untuk menghilangkan rasa penat.

2) Penderita anemia
     Pesakit anemia disarankan untuk menikmati 2 biji pisang setiap hari kerana ia mengadungi zat besi 
yang tinggi.

3) Penyakit usus dan perut
     Pisang yang dicampurkan dengan susu cair boleh dijadikan sebagai usaha untuk mengubati       penyakit yang berkaitan dengan usus. Selain itu, ia juga disarankan untuk pesakit yang mengalami masalah sakit perut dan angin demi menyeimbangkan semula jumlah asid di dalam perut.

4) Mengubati luka akibat terbakar
    Daun pisang juga boleh digunakan untuk mengubati kulit yang terbakar dengan cara menyapu campuran abu daun pisang yang telah dicampurkan dengan minyak kelapa. Ia mempunyai kesan yang menyejukkan kepada kulit.

5) Kecantikkan wajah
    Pisang yang telah dihancurkan dan dicampurkan pula dengan sedikit susu serta madu boleh disapukan pada wajah setiap hari secara rutin selama 30-40 minit. Kemudian basuh wajah kamu dengan air suam dan diikuti dengan membilasnya menggunakan air sejuk atau ais. Jika ingin melihat keberkesanannya, lakukannya selama 15 hari berturut-turut. Tak salah mencuba dan berusaha.

6) Atur berat badan
    Pisang juga mempunyai peranan dalam penurunan dan penambahan berat badan. Anda boleh menurunkan berat badan dengan mengamalkan pengambilan 4 biji pisang dan gelas susu tanpa lemak atau susu cair setiap hari. Jumlah kalori yang terkandung dalam menu tersebut hanyalah sejumlah 1250 kalori sahaja. Malah menu ini juga memang sangat menyihatkan.

7) Kecantikan semulajadi
     Selain itu, diet dengan buah pisang juga boleh menjadikan kulit wajah anda tidak berminyak dan bersih. Dengan menikmati segelas 'banana milk-shake' yang dicampurkan dengan madu, buah-buahan, kacang dan mangga setiap kali selepas makan ia boleh membantu menambahkan berat badan. Bagi anda yang berhasrat untuk menambah berat badan, bolehlah mencuba resepi ini!

8) Menambah nafsu makan
Nikmati 2 biji pisang beserta satu sudu besar madu untuk menambah nafsu makan dan menguatkan kembali tenaga.

p/s : Selamat makan PISANG....



0 comments:

Post a Comment [Reply]

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants for single moms